Pilihan Kami Ulasan

Sains Membuktikan Bermain Permainan Video Akan Membuatkan Anda Lebih Bijak

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Cuba anda berfikir sejenak dan cuba anda senaraikan semua stereotaip yang boleh anda fikirkan berkaitan dengan permainan video.

Anda mungkin akan terfikir beberapa kaitan dengan sifat kemalasan, anti-sosial atau menyebabkan kelakuan yang jahat pada pelajar sekolah.

Tetapi bagaimana pula dengan unsur positif? Bagaimana permainan video ini boleh menjadi baik untuk diri anda? Mari kita lihat beberapa penyelidikan yang bukan sahaja menunjukkan bahawa permainan boleh membuat anda lebih bijak, tetapi juga memangkah beberapa stereotaip yang ada.

Pelbagai eksperimen dan ujian telah dilakukan oleh penyelidik dan ahli psikologi pada tahun-tahun kebelakangan ini, ramai diantara mereka membuat kesimpulan bahawa permainan video boleh meningkatkan fungsi otak, kemahiran menyelesaikan masalah, menajamkan ingatan, meningkatkan tumpuan dan kebolehan untuk merancang secara strategik, dan juga banyak kemahiran sosial yang lain.

1 – Sesiapa yang bermain permainan aksi dapat membuat keputusan 25% lebih cepat. 

Image result for dark souls gif

Permainan tindakan aksi, RPG memerlukan pemain bergerak laju dan harus cepat membuat keputusan dalam setiap apa yang akan berlaku. Jadi  dalam masa yang sama ianya akan melatih cara pemikiran kita dan dapat membuat keputusan lebih cepat. 

Didalam satu kajian yang pernah dibuat, para peserta berumur diantara 18 hingga 25 tahun dipecahkan kepada dua kumpulan dan mereka perlu bermain selama 50 jam dalam setiap kumpulan. Satu kumpulan diberi permainan Call of Duty 2 dan satu lagi diberi permainan simulator The Sims. Selepas tamat 50 jam bermain mereka diuji dengan kuiz dan mendapati peserta pemainan aksi COD dapat membuat keputusan lebih cepat dan tepat berbanding pemain The Sims. 

2 – Permainan perlumbaan dapat menguatkan memori otak dan keupayaan multitasking.

Image result for racing gif

Penyelidik mendapati setiap petukaran lorong dalam permainan perlumbaan, selekoh dan papan iklan yang berada di sepanjang jalan semasa pelumbaan dapat melatih memori ingatan supaya menjadi lebih kuat.

Di dalam satu kajian, mereka memanggil 60 orang yang sudah mencecah umur lebih 50 tahun dan memberi mereka bermain permainan perlumbaan, selepas lebih 2 bulan mereka dipanggil semula dan mendapati mereka dapat membuat banyak perkara dalam satu masa serta memori dan perhatian mereka lebih kuat dari sebelumnya.

3 – Permainan video mendorong aktiviti fizikal seperti bersukan.

Image result for wii fit gif

Jika permainan video yang membawa kepada aktiviti bersukan pasti sahaja dikaitkan dengan permainan Wii Fit. Permainan bersifat aktiviti ini tidak terhad kepada Wii Fit sahaja. Malah ada permainan lain seperti arked yang sudah pasti anda harus bergerak dan berjalan untuk ke pusat arked.

Tetapi jika anda malas ke pusat arked dan lebih suka untuk berada di rumah. Maka permainan Wii Fit sangat sesuai untuk menjaga berat badan ideal anda.

4 – Permainan video membuat penglihatan anda lebih jelas.

Image result for bf1 gif

Permainan video dapat membuatkan anda lebih fokus dan membuatkan mata anda lebih sensitif kepada setiap warna yang terdapat di dalam permainan.

Terutamanya untuk pemain yang bermain permainan tindakan atau menembak. Sedikit perubahan warna atau api yang terhasil dari tembakan juga boleh dikesan dengan cepat.

Itu tidak lagi termasuk jika anda seorang yang gemar dengan senjata sniper. Kerana setiap visual yang anda lihat akan membuatkan otak anda memproses lebih cepat untuk meningkatkan tahap kepekaan anda.

5 – Dapat membantu kanak-kanak disleksia lebih cepat belajar

Apa itu Disleksia? Ianya adalah suatu gangguan dalam perkembangan untuk membaca atau menulis kepada kanak-kanak yang selalunya terjadi pada usia 7 ke 9 tahun. Walaupun ianya kelihatan normal untuk kita, tetapi siapa yang tidak mahu anak mereka supaya cepat untuk belajar.

Kami tidak perlukan contoh yang jauh, anak saudara kami yang kerap bermain permainan aksi / tindakan baru sahaja mencecah 4 tahun tetapi sudah pandai membaca surat khabar walaupun masih tersekat-sekat. Ehehehehe

6 – Kanak-kanak yang suka bermain permainan sukan akan lebih cenderung untuk bermain sukan yang sebenar.

Image result for pes gif

Kanak-kanak yang bermain permainan sukan di dalam konsol akan membayangkan untuk mencuba permainan yang dimainkan didalam realiti.

Di dalam masa yang sama, kanak-kanak tersebut akan mudah belajar peraturan sukan tersebut kerana di dalam permainan sukan yang berada di dalam konsol kesemuanya mengikut peraturan yang sama didalam realiti.

Jadi jika mereka menjejaki kaki ke padang mereka sudah tahu serba sedikit peraturan permainan tersebut.

7 – Mangsa kemalangan dapat melupakan kesakitan semasa bermain permainan video

Related image

Penyelidik di University Washington mendapati sekiranya ada pesakit yang bermain permainan realiti maya (VR), permainan ini akan mengalihkan perhatian daripada kesakitan mereka. Semasa bermain menggunakan VR, seolah-olah ianya akan menarik mereka ke dalam permainan tersebut.

Kajian kami pula sesiapa yang bermain permainan video ini tidak kira VR atau konsol, tambah-tambah lagi permainan yang diminati anda akan terus terlupa dengan orang sekeliling.

Mak minta tolong sidai baju pun pura-pura tak dengar.

8 – Penyelidik menggunakan VR untuk membantu orang ramai mengatasi fobia

Image result for vr pet gif

Penyelidik pernah melakukan satu kajian kepada mereka yang fobia terhadap labah-labah dengan memberikan rakaman labah-labah di dalam VR dan dilakukan berulang-ulang sehingga orang tersebut dapat membiasakan diri.

Pada akhir sesi rawatan, penyelidik meletak tarantula sebenar di bahu pemain dan dibiarkan tarantula merangkak di badan mereka. Pesakit ini tidak lagi berasa ketakutan malah boleh membelai tarantula itu seperti seekor kucing. Erghhh

9 – Permainan video boleh menjadikan kita seseorang yang lebih baik

Permainan strategi dapat mengubah tingkah laku pemikiran kita supaya kita boleh belajar membuat sesuatu yang lebih bijak dan menjana keputusan yang lebih baik serta beretika.

Permainan strategi akan melatih minda kita untuk membezakan mana yang betul dan salah. Walaupun di dalam permainan kita mencuba banyak kali strategi yang kita inginkan, tetapi akhirnya ianya dapat mengubah setiap sikap kita dengan membuat keputusan yang tidak akan menyakiti orang lain.

10 – Kanak-kanak prasekolah yang bermain permainan video mempunyai kemahiran motor* yang lebih baik.

Bukan kemahiran menunggang motor ye.

Satu kajian kecil dari Universiti Deakin di Australia mendapati bahawa kanak-kanak berusia 3-6 yang bermain permainan interaktif, seperti Wii, mempunyai kemahiran motor yang lebih baik daripada kanak-kanak yang bermain permainan bukan interaktif.

Ini termasuk kemahiran seperti menendang, menangkap, membuang, dan melantun bola.

Nota

Kemahiran Motor: merujuk kepada kajian sains tentang bagaimana individu memperolehi kemahiran dalam pergerakan akibat daripada latihan dan menyebabkan perubahan tingkahlaku. Konsep kemahiran motor pula melibatkan pergerakan tubuh badan dan mesti diulangi supaya ia dapat dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan.

sumber : naturejournalDaphne BavelierUniversiti WashingtonUniversiti Deakin

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

10 Pilihan Permainan Untuk Wanita #IWD2017

APA ITU 4K, HDR DAN KAITANNYA DENGAN PS4 PRO?

Mencari Khidmat Teras Jalur Optik Internet Yang Terbaik di Malaysia