Berita

Saiz Fail Untuk Muat Turun Assassin’s Creed Origins Didedahkan

assassins-creed-origins
Diolah oleh hang92

Mengikut senarai permainan yang ditawarkan pada Xbox Store baru-baru ini, saiz yang mungkin perlu dimuat turun oleh pemain untuk permainan Assassin’s Creed Origins mungkin tidak akan membebankan pemain.

Jika anda menyemak saiz permainan ini di laman rasmi Xbox Store, anda akan perasan bahawa permainan ini berkapasiti hanya 42.3 GB. Tidaklah sebesar demo permainan Gran Turismo Sport tempohari yang bersaiz mega 43 GB (itu baru demo).

Tetapi jika kita fikirkan balik, setelah kita disuapkan dengan pelbagai video treler mengenai permainan Assassin’s Creed Origins – berlatarbelakangkan Mesir purba yang cantik dari segi seni arkitek dan alam semulajadi, saiz 42.3 GB ini pada pendapat kami adalah terlalu kecil. Selain daripada itu, Ubisoft juga telah menayangkan kita video tentang kualiti grafik semasa mendayung sampan di sungai, berjalan di bandar Memphis, dan juga kesemua itu dalam grafik 4K!

Anda boleh saksikan treler permainan tersebut di bawah, dan bayangkan semua itu didatangkan dengan kapasiti 42.3 GB

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Treler Terbaru Assassin’s Creed: Origins Bertajuk ‘Birth of the Brotherhood

Fon Kepala Assassin’s Creed Origins Bercirikan Emas 18 Karat Ini Berharga RM 253,890

Assassin’s Creed Origins: Video Terbaru Memperlihatkan Cara Berlawan

Microsoft Umumkan Berkas 2 Dalam 1 Xbox One S Assassin’s Creed Origins

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.