Berita

Saksikan 10 minit Treler Terbaru Cara Permainan Uncharted The Lost Legacy

Diolah oleh Konsol

Kira-kira seminggu yang lalu semasa sidang media Sony Interactive Entertainment di acara E3 tahun ini.

Naughty Dog telah mempertontonkan treler terbaru bagi permainan Uncharted The Lost Legacy yang akan dilancarkan kelak dalam bentuk DLC.

Baru-baru ini pula, pembangun permainan berkenaan telah memutuskan untuk mempertontonkan pula treler terbaru cara permainan bagi siri terbaru Uncharted ini.

Satu rakaman berdurasi 10 minit telah dimuat naik oleh pihak pembangun bagi menunjukkan dengan lebih terperinci tentang permainan Uncharted The Lost Legacy ini seperti beberapa adegan pertempuran dan persekitaran permainan ini.

Jadi berbaloikah untuk menonton treler terbaru ini sedangkan treler yang terdahulu pun kami dah lihat?

Jawapannya, berbaloi kerana treler terbaru ini adalah berlainan dengan treler yang telah dipertontonkan sebelum ini.

Apa yang membezakan treler terbaru ini dengan treler permainan yang telah dipertontonkan sebelum ini ialah, pada treler yang lepas pihak Naughty Dog banyak menunjukkan tentang gandingan watak utama permainan Uncharted The Lost Legacy ini iaitu Chloe Frazer and Nadine Ross dalam bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu misi.

Tetapi untuk treler terbaru ini, pihak Naughty Dog lebih menunjukkan tentang jalan permainan dan beberapa perkara menarik yang telah diterangka diatas.

Jadi apa tunggu lagi, jom kita saksikan treler cara permainan Uncharted The Lost Legacy ini. Selamat menonton 🙂

Baca Juga: Uncharted 4 : The Lost Legacy Akan Menemui Anda Pada 22 Ogos 2017

Sumber: GameRant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.