Berita

Saksikan 2 Episod Pertama Siri Animasi CGI The King of Fighters: Destiny

Diolah oleh hang92

Telah diumumkan pada awal tahun ini, dan kini permainan terbitan SNK iaitu King of Fighters akan diterbitkan kepada siri kartun dalam bentuk animasi CGI dan telah siap sedia untuk ditonton oleh anda.

Siri baru King of Fighters: Destiny ini, di mana ianya dibikin di China, mempunyai 24 episod keseluruhan, dan siri animasi ini telah dicipta untuk menjadikan ianya sebahagian daripada promosi permainan telefon mudah alih King of Fighters: World.

Di bawah ini, anda akan dapat saksikan 2 episod pertama dengan saribahasa Bahasa Inggeris.

Di dalam siri animasi ini, anda akan perasan beberapa watak seperti Kyo, Mature, Terry, Yuri, Benimaru dan Geese. Tetapi Leona mana Leona?

Episod 1: South Town

Episod 2: Kyokugen Style

sumber: siliconera

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.