Berita

Saksikan 30 Minit Cara Bermain Permainan Seram White Day: A Labyrinth Named School

Diolah oleh hang92

White Day: A Labyrinth Named School pada asalnya dikeluarkan oleh syarikat Sonnori pada tahun 2001 untuk PC. Namun pada tahun ini, permainan ini dikeluarkan dalam bentuk buatan semula, remake, dan hanya dikeluarkan secara eksklusif untuk konsol PS4.

Pada tanggal 1 Ogos ini permainan seram Korea klasik yang diterbitkan semula untuk konsol PS4 White Day: A Labyrinth Named School akan dilancarkan.

Pada hari ini, pihak penerbit UK Rice Digital telah telah mengeluarkan satu video cara permainan sempena persidangan di London Comic Con pada bulan lepas.

Video ini menunjukkan sesi pengenalan dan beberapa bahagian permulaan pada permainan. Selain itu, terdapat juga visual baru yang diperbaharui termasuk beberapa teka-teki di dalam permainan tersebut.

Permainan yang diterbitkan oleh UK PQube ini merupakan permainan buatan semula, remake kepada permainan yang paling menakutkan dan menyeramkan pernah dibuat dalam sejarah permainan seram — itu kata peminat

Juga anda boleh saksikan video acah dari permainan tersebut;

sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.