Berita

Saksikan Iklan PS4 Pro Terbaru Dari Sony Playstation

Diolah oleh hang92

Semua orang pasti tahu tentang kewujudan Xbox One X yang telah diumumkan baru-baru ini di persidangan E3 2017. Namun bagi memastikan PS4 Pro tidak dilupakan semasa huru-hara yang dibuat oleh Xbox One X, Sony telah mengeluarkan video terbaru PS4 Pro sempena E3 2017.

PS4 Pro merupakan konsol yang telah dilancarkan sejak tahun lepas, dan Sony tidak mahu anda untuk melupakan bahawa PS4 Pro boleh mengendalikan grafik dengan lebih baik dan lebih licik, smooth berbanding PlayStation 4.

Sudah tentu, ciri-ciri seperti HDR (High Dynamic Range), 4K streaming, 4K Scaling, dan resolusi disebut di dalam video ini.

Sudah tentu, tarikan terbesar PS4 Pro terletak pada koleksi permainannya, yang merupakan perpustakaan yang besar dengan permainan Sony eksklusif yang anda tidak boleh bermain di platform lain.

Sudah tentu, anda boleh bermain permainan ini pada PS4 anda, tetapi jika anda mahu permainan ini pada tahap terbaik, dapatkan PS4 Pro dengan segera.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook konsol.my jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.