Berita

Saksikan Mestre Arenz Beraksi Sekali Lagi Dengan Queen Tanukana Di Piala Abuget, Jakarta

Diolah oleh hang92

Pada hujung minggu ini, sebahagian kontinjen besar dari Malaysia akan berangkat ke Jakarta, Indonesia untuk menyertai pertandingan Festival Permainan Jakarta (Jakarta Game Fest) yang akan berlangsung pada 29 – 30 Julai 2017.

Kontinjen Malaysia akan menyertai 3 daripada 5 pertandingan permainan yang akan dianjurkan. Antara permainan yang akan disertai oleh kontinjen Malaysia adalah Tekken 7, Street Fighter V dan King Of Fighter.

Kontinjen Malaysian yang akan menyertai Piala Abuget 2017:
* ViewSonic FV Nekoxx (SFV)
* Adnanoz (SFV)
ViewSonic FV aleouf (SFV)
* MyFGC|HandsomeJojo (SFV)
* Jbt st (SFV)
* ViewSonic FV Gaming TV with Janda Hunter (SFV)
* ViewSonic FV KOFMaster (SFV & KOF)
* Hentai_Tail (SFV)
ViewSonic FV IamChuan (SFV)
* VIewSonic FV Thunderbomb (SFV)
* W1NT3RW0LF (Tekken 7)
* R3TAL1AT3 (Tekken 7)
Armaggeddon FV Arenz (Tekken 7)

Untuk menyemak kedudukan pemain yang menyertai pertandingan ini, anda boleh klik pada pautan di bawah mengikut kategori permainan:

Street Fighter V: http://challonge.com/abugetsfv
Tekken 7: http://challonge.com/abugett7/
King of Fighters: http://challonge.com/abugetkof/

Untuk pengetahuan anda juga, ramai pemain-pemain ternama dunia akan turun ke padang untuk menyertai pertandingan ini. Salah seorang daripada mereka ialah Queen Tanukana.

Baca juga: Video: Queen Tanukana Kalahkan Pasukan Lelaki Didalam Tekken 7

Mestre Arenz selaku pesaing terdekat kepada Queen Tanukana bermurah hati untuk berkongsi gambar dengan kami. Ermmm nampak secocok.

 

Walaupun mereka merupakan seteru di dalam pertandingan mereka juga sempat keluar untuk minum air jagung ais bersama-sama

– Bro, orang rumah tak marah ke keluar berdua bersama? Balik rumah nanti mesti kena tidur luar huhuhu

sumber: TPK (FB), jakartagamefest, Mestre Arenz (FB)

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.