Berita

Saksikan Treler Battlefield 1 Menggunakan MS Paint

Diolah oleh hang92

Dilancarkan pada tahun lepas, treler Battlefield 1 merupakan treler permainan paling popular dengan jumlah tontonan tertinggi di Youtube pada tahun 2016. Oleh itu, dengan jumlah tontonan yang tinggi ini telah mendatangkan idea kepada seorang pemuda kreatif bernama Kubstoff untuk membuat semula video treler ini dengan  menggunakan suntingan animasi daripada Microsoft Paint.

Seperti yang anda saksikan di bawah, kerja suntingan Kubstoff menggunakan MS Paint tidak banyak berbeza dengan treler Battlefield 1 yang asal. Kesemua adegan yang utama masih dikekalkan cuma hanya yang berbeza pada segi resolusi sahaja. Lagu oleh The White Stripes’ “Seven Nation Army” juga masih dikekalkan sebagai identiti kepada treler Battlefield 1 ini.

Mengikut Kubstoff, dia mengambil masa seminggu untuk membuat video ini. Dia menyatakan bahawa 70% kerja menggunakan MS Paint dan 20% lagi menggunakan photoshop untuk menambah efek bayang, pencahayaan, dan 10% lagi menggunakan Sony Vegas untuk menganimasikan kapal terbang, kuda, dan letupan.

sumber: Kubstoff (Youtube)

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.