Berita

Saksikan Treler Filem Jumanji: Welcome to the Jungle, Filem Yang Dikeluarkan Semula Selepas 22 Tahun

Diolah oleh hang92

Pada hari ini, Sony Pictures telah melancarkan video treler pertama untuk filem ini, Jumanji: Welcome to the Jungle. Filem ini akan berlatarbelakangkan ‘permainan video klasik’ Jumanji yang diterbitkan pada tahun 1980-an.

Tidak seperti filem Jumanji yang pertama, dimana Robin Williams telah menjadi watak utama, filem lama tersebut mengisahkan tentang huru hara yang diwujudkan oleh haiwan liar kerana disebabkan oleh permainan papan yang telah disumpah.

Filem ini akan dibintangai oleh Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black dan Karen Gillan.

Jumanji: Welcome to the Jungle akan mempunyai beberapa penambahbaikan, permainan video yang dimainkan di dalam filem ini turut dipanggil Jumanji, permainan lama ini telah dijumpai oleh empat orang rakan-rakan yang dipaksa untuk mengemas ruang bawah tanah oleh pemilik rumah.

Sebelum empat orang watak disedut ke dalam permainan tersebut, mereka mempunyai pilihan untuk memilih watak mana yang ingin dilakonkan oleh mereka di dalam permainan itu. Malangnya salah seorang daripada mereka, Karen Gillan, tidak bersetuju dengan keputusan yang telah dipilih oleh dia, dia berpakaian seperti seorang wanita yang memakai seluar pendek dengan dan juga baju tanpa lengan – siapa yang pakai baju macam tu bila masuk hutan?

Jumanji: Welcome to the Jungle akan ditayangkan pada 20 Disember ini.

Saksikan video treler pertama yang dikeluarkan oleh Sony Pictures di bawah ini;

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.