Berita

Saksikan Treler Terbaru eSukan MotoGP 17 Yang Memaparkan Valentino Rossi Dan Rakan-rakan

Diolah oleh hang92

Milestone Games iaitu penerbit kepada permainan telah mengumumkan bahawa terdapat pertandingan eSukan sebagai kejohanan tambahan pada permainan MotoGP 17.

Bagi yang sudah membeli permainan ini, tahniah kami ucapkan. Namun sudahkan anda mendafar untuk sesi kelayakan untuk eSukan MotoGP 17? Jika anda berminat, anda boleh klik pada pautan bawah ini.

eSukan MotoGP 17Pertandingan eSukan MotoGP 17 Telah Diumumkan Khas Untuk PS4

Anda perlu ingat bahawa kejohanan eSukan ini adalah dikhususkan untuk pemain PS4 sahaja. MotoGP 17 juga boleh dimainkan pada Xbox One dan PC, tetapi tanpa kejohanan khusus.

Semalam, pihak Milestone Games telah melancarkan satu treler baru khas untuk eSukan MotoGP 17 di mana ianya memaparkan pelumba MotoGP profesional seperti Valentino Rossi, Marc Marquez, Jorge Lorenzo, Maverick Vinales dan lain-lain.

Anda boleh saksikan treler tersebut dibawah.

Jika anda terlepas treler pengenalan pada bulan Mei lepas, anda boleh saksikan treler tersebut di bawah ini.

sumber : motogpvideogame

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.