Berita

Saksikan Treler Terbaru Uncharted: The Lost Legacy

Diolah oleh hang92

Umum mengetahui bahawa permainan ini akan dilancarkan pada minggu hadapan. Oleh itu, Sony PlayStation dan Naughty Dog telah melancarkan treler terbaru Uncharted: The Lost Legacy sempena pelancaran permainan ini.

Anda boleh saksikan treler terbaru tersebut di bawah ini.

Di Malaysia, permainan ini boleh didapati dengan harga RM159 pada 22 Ogos ini. Itu semakan yang kami buat pada laman web jual beli terkenal 11Street Malaysia 

Uncharted: The Lost Legacy merupakan permainan sambungan siri Uncharted yang merupakan kali pertama tidak melibatkan kelibat Nathan Drake.

Jalan cerita dalam permainan ini mengisahkan tentang Chloe Frazer (bekas kekasih Nathan Drake di dalam Uncharted 2 dan 3) yang meminta bantuan Nadine Ross (Uncharted 4) untuk mencari artifak kuno India dan mengelakkannya daripada jatuh ke tangan musuh. Bersama-sama, mereka mengembara ke dalam gunung dan hutan rimba untuk mencari artifak tersebut. Sepanajng pengembaraan, mereka belajar untuk bekerjasama untuk membongkar rahsia artifak, dan perlu berlawan dengan konco-konco Asav, dan mencegah artifak itu daripada jatuh ke tangan Asav.

Jadi apa kata peminat siri Uncharted sekalian? Adakah anda akan bermain siri Uncharted terbaru ini?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.