Berita

Saksikan Video Dari Sony Playstation Hong Kong Pada Acara Ani-Com & Games Hong Kong

Diolah oleh hang92

Pada awal bulan ini iaitu bertarikh 1 Ogos 2017 telah diadakan acara Hong Kong Anime Festival, juga dikenali sebagai Ani-Com & Games Hong Kong. Sony Interactive Entertainment Hong Kong nampaknya telah bekerja keras untuk pada acara tersebut, termasuk menganjurkan beberapa sidang akhbar, acara pentas dan banyak lagi.

Acara ini tidak kurang bezanya dengan acara PlayStation Experience 2017 di KL Live pada 5 Ogos lepas.

Pada hari ini, Sony Hong Kong telah mengeluarkan satu video pendek tentang acara tersebut yang banyak the mengisahkan tentang perjalanan acara tersebut sepanjang hari itu. Video yang kami anggap agak menarik (mungkin kerana bunyi musik yang dimainkan) berupaya mewujudkan sesalan kepada sesiapa yang tidak dapat menghadiri acara tersebut.

Anda boleh saksikan video dibawah untuk sedikit khabar tentang sepanjang acara ini berlangsung di Hong Kong.

Nampak meriah bukan? Kami teringin untuk menyertai acara-acara seperti ini yang diadakan di luar Malaysia, kerana budaya mereka dan budaya kita adalah berlainan maka keterujaan melihat budaya negara lain untuk menganjurkan sesuatu acara pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza dengan negara kita sendiri.

Tapi malangnya, kami sedang mengalami kegawatan ekonomi pada saat ini. Mungkin ada rezeki lain kali.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.