Berita

Saksikan Video Save Every Breath: The Dunkirk VR Experience, Pengalaman 360-darjah Filem Dunkirk

Diolah oleh hang92

Save Every Breath: The Dunkirk VR Experience merupakan video yang boleh disaksikan dengan pandangan 360-darjah. Anda akan dapat menyaksikan aksi di bawah air, di atas laut dan juga di darat.

Video pendek ini akan membawa anda ke dalam serba sedikit filem yang diarahkan oleh Christopher Nolan iaitu “Dunkirk.” Untuk pengetahuan anda, filem ini lain daripada yang lain kerana ada tiga babak berbeza telah dimuatkan di dalam satu filem.

Filem ini mengisahkan tentang 400,000 tentera Bersekutu yang terperangkap di pantai Dunkirk, Perancis. Askar-askar ini di dalam keadaan terdesak untuk menyelamatkan diri daripada serang musuh yang semakin menghampiri pada setiap hari.

Mari kita saksikan video pandangan 360-darjah dibawah. Pesan sikit, talian internet anda haruslah sekurang-kurang 5mbps agar tidak mengganggu kelancaran video ini.

Dunkirk kini sudah ditayangkan di pawagam terpilih berdekatan dengan anda.

sumber: Warner Bros (Youtube)

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.