Berita

Saksikan Video Treler Terbaharu Permainan Akan Datang School Girl/Zombie Hunter

Diolah oleh hang92

Aksys Games baru sahaja melancarkan treler terbaru untuk permainan akan datang iaitu School Girl/Zombie Hunter.

Permainan ini, yang akan berlatarbelakang dunia Onechanbara, dimana pemain akan memegang watak sebagai lima orang pelajar sekolah tinggi dan cuba untuk menyelamatkan diri daripada malapetaka zombie. Pelajar ini akan terperangkap di dalam sekolah dan akan terpisah daripada dunia luar.

Watak-watak pelajar sekolah menengah ini akan mempunyai kuasa luar biasa seperti handal memegang senjata, teknik mempertahankan diri, menggunakan pakaian dalam sebagai senjata dan pelbagai lagi kuasa lain.

School Girl/Zombie Hunter akan dilancarkan pada PlayStation 4 pada 17 November ini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.