Berita

Saksikan Video Treler Terbaru Mod Zombie Dalam Permainan Call Of Duty: WWII

Diolah oleh hang92

Activision baru sahaja melancarkan treler terbaru tentang mod zombie di dalam permainan akan datang mereka iaitu Call of Duty: WWII di pesta San Diego Comic-Con.

Mod zombie ini akan mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri. Activision telah pun membuat kenyataan dengan berkata,

“Pemain akan menempuhi pengalaman yang misteri dan menakutkan di sebuah pergunungan salji Bavaria yang terletak di Mittelburg, Germany. Tugas anda adalah untuk mencari semua karya seni yang dicuri oleh kuasa Axis pada Peperangan Dunia Kedua. Pergunungan ini menyimpan rahsia gelap yang mempunyai kuasa yang tidak boleh dibayangkan”

Di dalam treler terbaru ini, anda akan dapat saksikan ke dalam tempat tinggalan askar Nazi yang seram. Zombie ini wujud kerana ada pihak yang cuba menjadikan manusia sebagai seorang “askar yang baru”

Anda boleh saksikan video treler tersebut di bawah.

Call of Duty: World War II akan dilancarkan seawal 3 November ini untuk PS4, Xbox One, and PC.

sumber: kotaku

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia