Berita

Satu Senjata Pilihan Boleh Dinyah Kunci Bagi Call Of Duty WWII Pra Tempahan

Diolah oleh Konsol

Permainan perperangan masyur iaitu Call Of Duty World War 2 akan dilancarkan tidak berapa lama lagi daripada sekarang.

Bagi mereka yang telah atau pun mahu melakukan pra tempahan bagi permainan perperangan terbaik ini, kami ada sedikit berita gembira buat anda.

Dimana pada hari perlancaran permainan Call Of Duty World War 2 ini, anda akan diberi akses untuk menyah-kunci apa-apa senjata pilihan anda. Ini adalah sesuatu yang amat mengembirakan kesemua peminat siri permainan Call Of Duty ini yang telah dan akan membuat pra tempahan.

Perkara ini telah pun di umumkan oleh pihak Activision, dan mereka juga mengatakan “Ini adalah salah satu cara kami untuk menghargai para peminat permainan Call Of Duty War World 2 yang telah pun bersabar dan menunggu sekian lama untuk memainkan permainan ini apabila ia dilancarkan kelak. Jadi apa salahnya jika mereka mendapat manfaat dihari pertama perlancaran permainan ini nanti”.

Selain daripada itu, peminat yang membuat pra tempahan permainan ini akan turut menerima bonus lain termasuk mempunyai dua kali ganda jumlah pengalaman (XP) dalam masa 4 jam pertama.

Akhir kata, permainan Call Of Duty World War 2 ini akan dilancarkan pada bulan November 2017 bagi platform Xbox One, Playstation 4 dan juga PC.

Jadi dengan berita baik seperti ini, jom kita beramai-ramai membuat pra tempahan bagi permainan ini sekarang.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.