Berita

Seagate Memperkenalkan Cakera Keras 2 Terabytes Khusus Bagi Playstation 4

Diolah oleh Konsol

Salah satu perkara yang cukup tidak disenangi oleh pemain permainan video ialah kapasiti simpanan. Sering kali kita mendengar rungutan daripada pemain-pemain permainan video mengenai kapasiti simpanan yang telah pun habis digunakan jika terlalu banyak menyimpan permainan.

Selain daripada itu, antara soalan cepu emas yang sering diajukan oleh pemain yang baru hendak berkecimpung di dalam permainan video ialah “Jika saya ingin membeli konsol Playstation 4, mana satu yang patut saya ambil, 500 GB ke atau 1 TB kapasiti simpanan”.

Mendengar rungutan seperti ini, nampaknya pihak Seagate telah pun memperkenalkan cakera keras tambahan terbaru yang khusus untuk pemain Playstation 4.

Cakera keras tambahan terbaru daripada Seagate ini akan mempunyai kapasiti simpanan sehingga 2 TB, sekaligus dilihat lebih besar daripada kapasiti simpanan yang tersedia pada Playstation 4 sendiri.

Mengikut pihak Seagate, cakera keras tambahan ini boleh menyimpan sehingga 50 permainan didalamnya. Jadi pada yang baru ingin membeli konsol Playstation 4, jangan takut untuk membuat pilihan diantara 500 GB kapasiti simpanan atau 1 TB.

Ini kerana sejak kemaskini perisian baru yang telah dikeluarkan oleh pihak Sony terhadap Playstation 4, konsol ini kini boleh digunakan bersama cakera keras tambahan untuk menyelesaikan masalah kapasiti simpanan yang telah pun penuh.

Akhir sekali cakera keras tambahan Seagate Game Drive ini telah mula dijual di kedai-kedai fizikal terutamanya di Plaza Lowyat dan ia berharga sekitar RM 449.00.

Apa tunggu lagi, jom ramai-ramai kita serbu plaza Lowyat lepas habis waktu kerja ni 🙂

Sumber: Lowyat.net

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.