Berita

Sebanyak 80 Permainan Disahkan Bakal Hadir Di Konsol Xbox One X

Diolah oleh Konsol

Sejak Xbox One X diumumkan pada acara E3 tahun ini, orang ramai telah mula berbual mengenai konsol “Godzila” ini.

Antara bualan yang sering diungkapkan bagi setiap peminat permainan video mengenai Xbox One X ini adalah seperti kuasa pemprosesan, kehebatan grafik dan juga permainan yang bakal diintegrasikan pada konsol ini.

Walaupun agak mustahil bagi kita untuk melihat setiap permainan yang dikeluarkan bagi konsol Xbox One X ini dioptimumkan sepenuhnya kuasa pemprosesan dan kehebatan grafik yang disertakan padanya, tetapi sekurang-kurangnya pasti akan ada satu dua permainan yang dibangunkan dengan mengintegrasikan sepenuhnya spesifikasi yang ada pada konsol terbaru keluaran Microsoft ini.

Setakat pada artikel ini ditulis, pihak Microsoft tanpa segan silu telah mengumumkan bahawa 80 permainan video telah pun disahkan bakal hadir pada konsol Xbox One X.

Setiap permainan yang bakal hadir ini juga telah pun diakui oleh pihak Microsoft bahawa ia bakal mengoptimumkan setiap kehebatan spesifikasi seperti kuasa pemprosesan dan kehebatan grafik yang disertakan pada konsol ini.

Ini adalah antara senarai yang diumumkan oleh pihak Microsoft:

  1. Agents of Mayhem
  2. Anthem 
  3. Ashen
  4. Assassin’s Creed: Origins
  5. Black Desert
  6. Chess Ultra
  7. Code Vein
  8. Crackdown 3 
  9. Deep Rock Galactic
  10. Destiny 2
  11. Dragon Ball Fighter Z
  12. Evil Within 2
  13. F1 2017 
  14. Far Cry 5
  15. Farming Simulator 18
  16. FIFA 18
  17. Fortnite
  18. Forza Motorsport 7
  19. Hello Neighbor
  20. Killing Floor 2
  21. Life is Strange: Before the Storm
  22. Madden NFL 18 
  23. Metro Exodus
  24. Middle Earth: Shadow of War
  25. NBA 2K18
  26. Need for Speed Payback
  27. Ori and the Will of the Wisps 
  28. Path of Exile 
  29. Playerunknown’s Battlegrounds
  30. Project Cars 2
  31. Raiders of the Broken Planet
  32. Sea of Thieves
  33. Star Wars Battlefront II
  34. State of Decay 2
  35. Super Lucky’s Tale 
  36. The Artful Escape
  37. The Last Night
  38. Wolfenstein: The New Colossus 
  39. Ark: Survival Evolved
  40. Astroneer
  41. Battlefield 1
  42. Dead Rising 4
  43. Dishonored 2
  44. DOOM
  45. Dovetail Games Euro Fishing
  46. Elder Scrolls Online 
  47. Elite Dangerous 
  48. Everspace
  49. Fallout 4
  50. Farming Simulator 17
  51. Final Fantasy 15
  52. For Honor
  53. Forza Horizon 3
  54. Gears of War 4 
  55. Halo 5 
  56. Halo Wars 2
  57. Hitman
  58. Homefront: The Revolution
  59. Injustice 2
  60. Killer Instinct 
  61. Mantis Burn Racing
  62. Minecraft
  63. Outlast 2
  64. Paladins: Champions of the Realm 
  65. Portal Knights
  66. Pure Chess
  67. Resident Evil 7
  68. RiME
  69. Rocket League
  70. Skyrim SE
  71. Slime Rancher
  72. SUPERHOT
  73. Tekken 7
  74. The Surge
  75. Titanfall 2
  76. Tom Clancy’s Ghost Recon Wildlands
  77. Warhammer: End Times – Vermintide
  78. We Happy Few
  79. Witcher 3
  80. World of Tanks 

Rumusan

Dengan pengumuman ini, rasanya agak berbaloi juga jika kita berpeluang untuk memiliki konsol berspesifikasi raksasa ini.

Jika dahulu antara topik yang membuatkan konsol keluaran Microsoft agak hambar dan tidak popular ialah kurangnya permainan yang menarik bagi konsol Xbox.

Tetapi dengan pengumuman seperti ini, nampaknya pihak Microsoft telah belajar serba sedikit daripada pihak Sony, bahawa kehebatan sesebuah konsol bukanlah terletak semata-mata pada kehebatan spesifikasi.

Malah jumlah permainan yang menarik juga adalah faktor penentu yang amat penting bagi kejayaan sesebuah konsol permainan video.

Itu pendapat kami, pendapat anda bagaimana pula?

Sila kongsikannya diruangan komen. Segala pendapat dan pandangan anda amatlah kami hargai 🙂

Sumber: GamingBolt

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.