Android & iOS

SEGA FOREVER: Koleksi Permainan Retro Percuma Untuk iPhone Dan Android

Sega-Forever
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sega membawa beberapa permainan retro terbaik untuk telefon pintar anda. Hari ini syarikat itu mengumumkan perkhidmatan baru yang dipanggil Sega Forever, yang pada dasarnya adalah permainan klasik dari syarikat yang akan hadir ke iOS dan Android.

Setiap permainan akan tersedia secara percuma – anda boleh membayar USD1.99 (RM8.53 – tukaran terus) untuk mematikan iklan – dan akan menyertakan ciri-ciri moden seperti simpanan awan (cloud saves), sokongan pengawal Bluetooth, dan papan pendahulu (leaderboards) atas talian. Walau bagaimanapun anda masih boleh memainkan setiap permainan di luar talian.

Pada pelancaran ini, lima permainan Sega Genesis akan tersedia, termasuk Sonic the Hedgehog, Comix Zone, Altered Beast, Kid Chameleon, dan Phantasy Star II.

Sega juga menyatakan bahawa selepas pelancaran lima permainan pertama, tajuk tambahan akan ditambah ke dalam koleksi setiap dua minggu. Permainan debut Sega Forever akan dilancarkan esok di seluruh dunia di iOS dan Android.

Sumber : TheVerge

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.