Ura-ura

Sega Genesis Flashback: Mungkin Akan Dilancarkan Sekitar September 2017

Diolah oleh Konsol

Keluarga baru dalam siri konsol Sega iaitu Sega Genesis Flashback daripada AtGames mungkin akan dilancarkan seawal September tahun ini.

Konsol ini akan hadir dengan 85 permainan terbina didalamnya termasuk tujuh permainan Sonic, Virtua Fighter 2 dan Altered Beast.

Selain daripada permainan terbina, Sega Genesis Flashback juga bakal didatangi dengan slot katrij permainan video, ini akan membolehkan anda memainkan kembali permainan video Sega terdahulu sekiranya anda masih menyimpan katrijnya.

Seperti biasa, konsol Sega Genesis Flashback ini akan disertakan dengan 2 pengawal permainan tanpa wayar ketika pembelian.

Malah Sega Genesis Flashback ini juga akan dilengkapi dengan port genesis biasa, jadi anda boleh menyambungkan pengawal permainan wayar dari konsol genesis versi terdahulu.

Akhir sekali, Sega Genesis Flashback ini turut disertai dengan ciri-ciri baru yang lain termasuk keluaran 720p HDMI, penapisan garis imbasan, dan kemampuan untuk memutar balik untuk setiap perlawanan.

Rumusan

Jadi, adakah anda salah seorang yang akan mendapatkan konsol ini apabila ia dilancarkan kelak?

Terus terang, kami di konsol mungkin akan mendapatkannya, kerana bagi kami konsol ini banyak mengimbau zaman-zaman riang kami ketika kecil dahulu.

Sumber: Polygon

Nota: Video dibawah menunjukkan Sega Genesis Versi Terdahulu

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.