Berita

Selepas 3 Dekad, Atari Akan Kembali Dengan Konsol Terbaru

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Ibarat sirih pulang ke gagang, Atari mengumumkan projek Ataribox pada acara E3 beberapa hari lalu. Pengumuman itu disambut dengan sedikit keraguan sama ada ianya adalah seperti yang disangkakan atau sebaliknya.

Atari sudah tidak menghasilkan konsol permainan lebih daripada 30 tahun. Pada tahun ini, 2017 adalah tahun yang dianggap penuh kejutan dalam industri permainan video dengan pengesahan dari Ketua Pegawai Eksekutif Atari, Fred Chesnais, kepada GamesBeat bahawa syarikat itu akan mengeluarkan konsol terbaru mereka selepas 30 tahun.

Chesais juga mendedahkan bahawa produk terbaru ini, yang telah “bertahun dalam pembuatan“, akan mempunyai panel bertekstur papan (woodgrain) seperti yang dapat dilihat dalam video teaser di atas walaupun reka bentuk akhir masih belum ditentukan.

Beliau juga menyatakan bahawa produk ini akan berasaskan teknologi yang terdapat di PC. Setakat ini beliau masih lagi tidak membuka mulut tentang butiran-butiran yang lain.

Atari

Chesnais membeli syarikat Atari dan menyelamatkannya daripada muflis pada tahun 2013. Selepas peralihan pengurusan syarikat, Atari mula membuat keuntungan dengan pembangunan permainan mudah alih.

Kejayaan besar dengan edisi NES klasik pada tahun lepas menunjukkan bahawa pasaran untuk permainan klasik adalah cukup besar.

Adakah konsol Atari yang akan datang ini akan bersaing dengan konsol permainan moden yang lain? Atau konsol ini adalah untuk meneroka pasaran klasik untuk bermain permainan klasik dari tahun 80-an? Walau apa pun matlamat konsol terbaru ini, Atari sememangnya legenda konsol terunggul.

Sumber : engadget

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Konsol Klasik Yang Pernah Mewarnai Dunia Permainan Konsol

Permainan Video Terawal dan Tertua di Dunia

Antara Permainan Video Yang Sangat Sukar Untuk Ditemui

Evolusi Pengawal Dari 1972 Hingga Kini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.