Berita

Selepas Dua Bulan Nintendo Switch Di No.1, PS4 Kini Memimpin Jualan Perkakasan AS Pada bulan Mei

ps4-nintendo-switch
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

NPD Group telah mengeluarkan laporan jualan bulanannya di Amerika Syarikat pada bulan Mei, dan PlayStation 4 adalah perkakasan terlaris bulan itu. PlayStation 4 telah berjaya menggantikan kedudukan tempat pertama Nintendo Switch, yang telah menjadi jualan tertinggi dalam dua bulan pertama di pasaran.

Tiada angka jualan yang tepat, jadi tidak pasti berapa jumlah PS4 mendahului Nintendo Switch. Konsol hibrid Nintendo Switch ini telah terjual sebanyak 280,000 unit di AS pada bulan April.

Secara keseluruhan, jualan perkakasan mencapai USD147 juta untuk bulan Mei, peningkatan sebanyak 7%. Untuk keseluruhan tahun, perbelanjaan perkakasan meningkat 18% mengikut data NPD.

Jumlah jualan di seluruh industri di AS sebenarnya turun 11% pada bulan Mei, turun kepada USD542 juta daripada USD610 juta setahun yang lalu.

Ini disebabkan kejatuhan besar dalam jualan perisian, yang menurun 20% tahun ke tahun kepada USD271 juta daripada USD339 juta. Jualan perisian PC turun 48% kepada USD23 juta dari USD12 juta.

nintendo-switch-pro-controller

Di bahagian aksesori, jualan hampir rata pada USD112 juta (naik dari USD111 juta). Jualan pengawal naik 6%, dengan Switch Pro Controller menjadi jualan teratas.

Dari segi perisian, Injustice 2 muncul di tempat teratas, dengan dua permainan Nintendo Switch berada di kedudukan lima teratas.

Sumber : GameSpot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia