Pilihan Kami Tips

Sembang Konsol: Kenali Pengawal PS4 Nacon Revolution

Diolah oleh hang92

 

Ada dua pengawal PS4 terkenal yang dilesenkan oleh Sony untuk dikeluarkan di pasaran. Salah satunya ialah Nacon Revolution Pro Controller. Dengan harga jualan yang agak tinggi, adakah pengawal ini berbaloi untuk anda?

Hari ini kami akan memperkenalkan salah satu daripada pengawal profesional keluaran Nacon iaitu Nacon Revolution

Sama-sama kita merungkainya di dalam video koleberasi kami bersama Amanz. Saksikan!

Tidak lupa juga kepada NaGaming yang sudi meminjamkan pengawal taraf bangsawan untuk ulasan kali ini.

Rumusan I

Jika anda sudah biasa memegang pengawal Dualshock 4 dan berminat untuk mencuba pengawal Nacon ini, ianya akan mengambil sedikit masa untuk anda menyesuaikan diri.

Butang makro amat berfungsi jika anda bermain permainan MMO seperti Final Fantasy 14 atau contoh permainan lain yang boleh menggunakan butang makro adalah seperti permainan pertempuran Street Fighter

Rumusan II

Ianya selesa, kualiti yang tinggi, dan bagi anda yang selalu memasuki pertandingan, pengawal ini mempunyai ciri yang boleh diubahsuai yang membolehkan anda melangkah 5 tapak ke hadapan berbandingan pesaing anda.

Dengan bermodalkan RM499, anda boleh mendapatkan pengawal ini di kedai permainan berhampiran anda atau lebih mudah, pesan sahaja melalui internet.

Terima kasih kepada Amanz dan NaGaming kerana banyak membantu di dalam proses pembikinan video ini.

Bagi anda yang berminat untuk berkongsi sebarang info ataupun perkara menarik berkaitan permainan video terutama pada Playstation dan Xbox, anda boleh menghantarkannya kepada admin@konsol.my 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook, Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.