Berita

Senarai Permainan PS2 Yang Boleh Di Main Di PS4 Setakat Ini

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

PlayStation 2 mempunyai banyak permainan yang menarik, ada yang kini boleh dimainkan di PlayStation 4 melalui katalog PS2-on-PS4.

Sony mula memperkenalkan permainan PS2 untuk PS4 pada bulan Disember 2015, dan sekarang, terdapat lebih daripada 40 permainan dalam katalog. Permainan PS2 telah dikemaskini dengan sokongan Trophy dan mempunyai sokongan 1080p.

Permainan dalam program ini juga disokong ciri-ciri PS4 seperti Remote Play, Share Play, Activity Feeds, dan Live Broadcast, memberikan satu nafas baru untuk permainan PS2 ini.

Tetapi ini bukanlah backwards compatibility. Anda masih perlu membeli semula permainan PS2 ini di Playstation Store untuk memainkannya di PS4. Harga permainan adalah di antara USD10 dan USD 20 (RM43 dan RM87 – tukaran terus.)

Buat masa ini PS2-on-PS4 hanya di tawarkan untuk mereka yang mempunyai akaun US, Canada atau Europe.

BACA JUGA – Cara-cara Untuk Membuat Akaun PSN US

Berikut adalah senarai permainan untuk katalog PS2-on-PS4;

  • ADK Damashii
  • Ape Escape 2
  • Arc the Lad: Twilight of the Spirits
  • Bully
  • Dark Cloud
  • Dark Cloud 2
  • Destroy All Humans
  • Destroy All Humans 2
  • FantaVision
  • Fatal Fury Battle Archives Vol. 2
  • Fu’Un Super Combo
  • Grand Theft Auto III
  • Grand Theft Auto: San Andreas
  • Grand Theft Auto: The Trilogy
  • Grand Theft Auto: Vice City
  • Harvest Moon: A Wonderful Life Special Edition
  • Hot Shots Tennis
  • Indigo Prophecy
  • Kinectica
  • Manhunt
  • Max Payne
  • Metal Slug Anthology
  • Okage: Shadow King
  • PaRappa The Rapper 2
  • Primal
  • Psychonauts
  • Puzzle Quest: Challenge of the Warlords
  • Red Dead Revolver
  • Red Faction
  • Rise of the Kasai
  • Rogue Galaxy
  • Samurai Shodown VI
  • Siren
  • Star Wars: Bounty Hunter
  • Star Wars: Jedi Starfighter
  • Star Wars: Racer Revenge
  • The King of Fighters 2000
  • The Mark of Kri
  • The Warriors
  • Twisted Metal: Black
  • War of the Monsters
  • Wild Arms 3

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.