Ulasan

Senarai Video Sony Terbaik Di E3 2017

Diolah oleh hang92

OK artikel kali ini tidak banyak penulisan. Kami akan hanya paparkan beberapa video treler yang kami rasakan terbaik di Electronic Entertainment Expo, E3 ini.

E3 ini merupakan satu persidangaan permainan yang terbesar di dunia, oleh itu tidak hairanlah kenapa kebanyakkan blog permainan di seluruh di dunia amat teruja dengan kehadiran persidangan ini.

Cuma, untuk memilih permainan yang terbaik, adalah sedikit sukar untuk kami memandangkan semua treler yang ditayangkan amat menarik sekali.

Marvel’s Spider-Man

Video sepanjang 8 minit ini berkisarkan tentang kuasa dan kebolehan Spider-man dan dimainkan di bandar Manhattan.

God of War: Be a Warrior

Treler memaparkan cara pertempuran Kratos dengan lebih dekat. Permainan ini akan dikeluarkan pada awal tahun 2018.

Call of Duty: WWII

Video ini menunjukkan bagaimana permainan dengan mod kerjasama, multiplayer dimainkan. Dan video ini sangat sadis, kebanyakkan senjata tidak banyak berbeza dengan Battlefield 1 eh?

Shadow of the Colossus

Permainan klasik yang dilahirkan semula untuk platform PS4. Tak sabar untuk bermain.

Uncharted: The Lost Legacy

Apabila dua heroin ini terpaksa bertemu dengan musuh mereka di dalam DLC permainan Uncharted ini

Gran Turismo Sport: A Studio Driven to Perfection

Satu video yang sangat jarang kita lihat setiap hari dimana kita boleh melihat bagaimana permainan ini dihasilkan di studio Polyphony Digital

Demo Permainan Far Cry 5 Ditemani Anjing Boomer The Dog

Merupakan permainan terbaru dari Ubisoft dan kali ini demo permainan ditunjukkan

Monster Hunter World

Permainan ini memerlukan pemain untuk hidup dengan memburu raksasa dan boleh dimainkan secara kerjasama dua orang dan empat orang

Horizon: The Frozen Wilds

DLC pertama untuk Horizon Zero Dawn ini memperlihatkan Aloy cuba untuk memasuki tanah kepunyaan puak Banuk.

Destiny 2

Fahami kenapa Dominus Ghaul bersifat demikian dalam video treler di bawah

Crash Bandicoot: N.Sane Trilogy

Permainan yang sangat popular pada era PS1 kini kembali! Saksikan terma remastered digunakan sebaik mungkin untuk menghasilkan permainan popular ini semula.

Detroit: Become Human

Bermain di tengah-tengah kekecohan revolusi robot, reformasi! reformasi!

Days Gone: Demo Permainan

Permainan yang kita semua tak sabar untuk dilancarkan.

Matterfall: Cara Permainan

Permainan yang berkonsepkan permainan arked. Ok juga.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.