Ulasan

Senjata Penembak Terbaik Di Dalam Sejarah Permainan Video

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Senjataa ini mungkin bukan merupakan senjata yang paling dahsyat atau berkesan untuk di bawa ke medan pertempuran, tetapi pemain akan menggemari senjata ini dengan membayangkan bahawa senjata ini lebih seronok untuk menembak daripada membunuh.

Cuba anda lihat apa pilihan kami untuk mencari senjata penembak yang terbaik dalam sejarah permainan video.

Gravity Gun – The Orange Box

Image result for Gravity Gun gif

Zero Point Energy Field Manipulator (ZPEFM), biasanya dikenali sebagai Gravity Gun, asalnya direka untuk mengendalikan barang-barang berbahaya dan mengangkat sesuatu yang berat.. Senjata ini merupakan senjata kesukaan Gordon.

Red 9 – Resident Evil 4

Image result for Red 9 - Resident Evil 4

Red 9 ialah senjata terbaik di dalam permainan Resident Evil. Selain kelihatan antik dan menarik ianya juga mempunyai ketepatan yang memuaskan.

Hand cannon – Destiny

Image result for Hand cannon gif

Hand Cannon adalah salah satu senjata utama di dalam permainan Destiny 2014. Ianya juga dapat memberi kesan yang besar jika ditembak pada jarak yang dekat. Namun anda harus ingat senjata ini tidak memuaskan untuk ditembak pada jarak yang jauh.

Bane – Borderlands 2

Image result for Bane - Borderlands 2

Bane antara salah satu senjata ringan di dalam permainan Borderlands dan dihasilkan oleh Hyperion. Bane juga boleh didapati daripada misi The Bane. Agak baik untuk meninggalkan kesan pada musuh tetapi tidak memuaskan dari segi ketepatan.

Fat Man – Fallout 3

Image result for Fat Man Fallout gif

Fat Man ialah senjata yang menggunakan roket mini untuk memusnahkan musuh dan dapat memberi kesan yang buruk  jika terkena pada musuh atau meletup berdekatan dengan musuh. 

Mr Toots – Red Faction

Image result for mr toots gif

Mr Toots adalah senjata berbentuk kuda kecil dan mengeluarkan kentut pelangi sebagai tembakan dan mampu memberi kesan buruk pada apa saja ditembaknya. .Agak kelakar sebenarnya pada satu permainan serius diimana ada satu senjata hebat seperti Mr Toots. 

Freeze Ray – Duke Nukem Forever

Image result for Freeze Ray - Duke Nukem Forever

Freeze Ray ialah senjata yang mampu untuk membekukan musuh dan memusnahkan musuh jika musuh sudah keras sepenuhnya. Tetapi senjata ini tidak sesuai untuk digunakan pada musuh jarak jauh dan tidak boleh digunakan di dalam air.

Battle rifle – Halo 2

Image result for Battle rifle - Halo 2

The BR55 Service Rifle atau lebih dikenali sebagai Battle Rifle. Penampilan petamanya di Halo 2. Ianya juga mempunyai ketepatan yang baik berbanding senapang MA5 Assault. .

BFG-9,000 – Doom 3

Image result for BFG-9,000 - Doom 3

The BFG 9000 (singkatan untuk “Bio Force Gun” atau ” Big Fucking Gun”) adalah salah satu senjata yang dicipta oleh Kesatuan Aerospace Corporation di bawah program penyelidikan senjatanya. Senjata ini tidak akan bertahan lama di dalam simpanan. Tetapi pemain boleh mendapatkan kembali di Komplekx CPU dari Sabaoth.

Handheld Portal Device

Image result for Handheld Portal Device gif

The Aperture Science Handheld Portal Device pada asalnya sebagai Portable Quantum Tunneling atau kata mudah Portal Gun yang mampu mencipta portal dari satu dinding ke satu dinding. Ianya adalah alat eksperimen yang digunakan di Enrichment Center’s

Flailgun – Bulletstorm

Image result for Flailgun - Bulletstorm

Flailgun antara gabungan letupan dan laser yang mampu meletupkan pihak lawan dengan dua bom yang dilancarkan dan disertakan satu rantai untuk melilit musuh dan meletupkannya.

Jika itu tidak memuaskan anda, anda boleh membelah musuh dengan laser.

MK 2 Lancer Assault rifle

Image result for MK 2 Lancer Assault rifle

Mark 2 Lancer Assault Rifle merupakan penambahbaikan dari senjata siri pertama dari GOW. Senjata ini juga disertakan gergaji rantai di bahagian bawahnya dengan itu ianya tekag menunjukkan bahawa imej senjata ini adalah ganas dan menarik. 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.