Android & iOS Berita

Seorang Wanita Di China Buta Matanya Selepas Bermain Dengan Telefon Selama 24 Jam Berterusan

Diolah oleh hang92

Sila berhati-hati! Bermain dengan terlalu lama pada telefon pintar anda boleh membuatkan mata anda menjadi buta!

Dilaporkan bahawa ada seorang wanita berumur 21 tahun di China telah kehilangan deria sebelah matanya apabila dia terlalu lama bermain dengan permainan Honour of Kings iaitu selama 24 jam berterusan.

Image result for Wu Xiaojing

Wu Xiaojing telah kehilangan sebelah matanya pada 1 Oktober lepas semasa bermain dengan permainan popular atas talian ini. Semasa sedang bermain, dia mulai sedar bahawa penglihatan matanya beransur-ansur menjadi kabur dan seterusnya menjadi buta.

Mengikut berita The Paper daripada China mengatakan bahawa Wu Xiaojing yang bekerja di syarikat kewangan merupakan seorang pemain tegar telefon pintar dan gemar menghabiskan masa lapangnya dengan permainan atas talian. Pada hujung minggu, Wu akan bangun pada seawal 6 pagi untuk bermain dengan Honor of Kings.

Saya akan tidur semula pada pukul 4 petang, selepas bangun dari tidur saya akan makan sesuatu dan meneruskan permainan sehingga 1 pagi atau 2 pagi. Itu adalah rutin harian saya. Saya sangat ketagih dengan permainan ini dan saya pasti akan terlupa untuk makan atau pergi ke tandas sekali pun – kata Wu

Di dalam laporan klinik, Wu telah disahkan mempunyai masalah salur darah tersumbat pada matanya. Keadaan ini disebabkan oleh penggunaan mata yang terlalu berat dan masalah ini jarang terjadi kepada orang muda. Peluang untuk kembali normal adalah tipis dimana hanya 20-25 peratus sahaja peluang diberikan untuk kembali menjadi sihat.

sumber: ChannelNews Asia

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Sains Membuktikan Bermain Permainan Video Akan Membuatkan Anda Lebih Bijak

Rekod Kematian Yang Disebabkan Oleh Permainan Video

MASALAH TEKNIKAL PS4 DAN CARA MENGATASINYA

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.