Berita

Serial Cleaner: Bermain Sebagai Tukang Cuci Tempat Pembunuhan

Diolah oleh hang92

Serial Cleaner adalah permainan 2D yang berasaskan jalan cerita sehingga ke hujung permainan. Permainan ini bertemakan tahun 1970-an. Anda akan bermain sebagai watak protaganis yang akan membersihkan tempat kejadian pembunuhan dengan membuang mayat, mencuci bekas darah dan menyorokkan senjata pembunuhan dan lain-lain bukti.

Anda perlu membuat keputusan dan menjawab soalan dengan cepat daripada pihak polis yang bertanya untuk mengelakkan kerjaya anda hancur. Permainan ini menggunakan Real-World Data untuk mengesan pergerakkan anda bergantung kepada tempat dan masa anda berada di dalam permainan tersebut.

Serial Cleaner mempunyai ciri-ciri humor, dan permainan ini tidak mengalakkan anda untuk terlalu serius.

Antara ciri-ciri permainan ini adalah;

  • bertemakan tahun 1970-an
  • grafik yang minimal tetapi sangat cantik
  • tempat pembunuhan dinspirasikan daripada tempat kejadian sebenar pada tahun 1970-an
  • dialog yang lucu diinspirasikan dari filem Pulp Fiction

sumber: ifun4all

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.