Berita

SEUM: Speedrunners From Hell, Apabila Heavy Metal Dimasukkan Ke Dalam Permainan Video

Diolah oleh hang92

Pine Studio dan Headup Games telah mengumumkan bahawa permainan yang menggunakan pandangan orang pertama yang bertemakan heavy metalSEUM: Speedrunners From Hell, akan dilancarkan untuk PlayStation 4 dan Xbox One pada September ini.

Permainan ini sudah berada di PC dan digambarkan oleh pemain sebagai “anak tidak sah kepada permainan Quake 3″ 

Anda boleh menyaksikan video treler tersebut di bawah.

SEUM: Speedrunners from Hell merupakan permainan yang memfokuskan kepada kelajuan dan kadar tindak balas anda. Anda akana berlari sambil menembak bebola api untuk mengejar portal keluar di penghujung permainan.

Bersaing bersama rakan-rakan lain untuk mencapai markah tertinggi dan hanya pemain yang terbaik sahaja akan menerima pingat Uber Skull!

Kami akan kemaskini sebaik sahaja mendapat tahu tarikh pelancaran!

\m/

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.