Ura-ura

SEXY BRUTALE – Merungkai Misteri dan Siri Pembunuhan

Diolah oleh Along Naz

Permainan ini tidaklah sekejam dan seseksi tajuk yang diberi.

Anda terjaga di dalam sebuah rumah besar dan aneh. Anda tidak tahu mengapa? Atau bagaimana anda berada di sana, tetapi jam di dalam poket anda menunjukkan bahawa waktu adalah tengah hari.

Satu pengumuman mengejut memberitahu anda bahawa persembahan akan bermula pada 7:00 dalam teater rumah besar ini. Inilah permulaan bagi The Sexy Brutale.

Pengembaraan

Permainan bergenre pengembaraan ini menampilkan satu kisah teka-teki, komplot, pembunuhan dan berunsur ghaib. – pemain memegang peranan sebagai paderi tua bernama Lafcadio Boone.

Bagi meneruskan langkah, Boone mesti bersembunyi, melihat dan belajar daripada pelbagai cerita daripada tetamu di ruang dewan supaya dapat menyelamatkan mereka daripada kematian yang dahsyat oleh kakitangan rumah besar tersebut.

Lafcadio Boone mampu meneroka lebih dalam dan membongkar kisah yang tersembunyi mengenai misteri masa lampau serta penduduk rumah besar itu di tengah-tengah The Sexy Brutale.

— Brutale ni pun agak seksi

Rumusan

Apabila cerita memberitahu pada masa sebenar, pemain mesti menjumpai jawapan kepada setiap enigma dan hujung gelungan. Ayuh! Selamatkan nyawa tetamu anda.

Tarikh pelancaran : 12 April 2017

Genre : Pengembaraan / Teka-teki

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.