Berita

Shadow Of The Colossus: Adalah Pembikinan Semula Dan Bukan ‘Remastered’

shadow-of-the-colossus
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sony mendedahkan semasa sidang akhbar PlayStation di E3 2017 bahawa  Shadow Of The Colossus akan datang ke PlayStation 4 tahun hadapan, walaupun dengan kekeliruan sama ada ianya akan menjadi versi ‘remastered‘ daripada permainan PlayStation 2 yang asal atau pembuatan semula secara keseluruhan.

Dalam satu temu bual, Presiden Sony Worldwide Studios, Shuhei Yoshidamenjelaskan kepada Famitsu bahawa permainan yang akan hadir ke PlayStation 4 ini bukanlah ‘remastered‘ tetapi adalah lebih kepada pembuatan semula secara kesuluruhan.

shadow-of-colossus

Bagi mereka yang tidak tahu, permainan ‘remastered‘ adalah tajuk permainan daripada konsol generasi lama yang dialihkan kepada konsol semasa dengan kebanyakannya hanyalah peningkatan dari segi visual. Pembuatan semula (Remakes) pula adalah, perubahan ketara yang dibuat kepada beberapa komponen permainan.

Yoshida mendedahkan bahawa kandungan Shadow of the Colossus untuk PlayStation 4 akan sama seperti versi asal di PlayStation 2. Walau bagaimanapun, semua aset permainan sedang dibina semula dari awal dengan menggunakan teknologi terkini.

Antara perubahan yang pemain boleh jangkakan untuk Shadow of the Colossus terbaru ini adalah perubahan kawalan permainan. Pasukan di sebalik projek ini akan melaksanakan cara yang lebih moden untuk bermain permainan ini.

Walaupun begitu, pemain yang ingin mengenang kembali pengalaman bermain Shadow of the Colossus dalam bentuk asal boleh berbuat demikian, kerana kawalan yang sama di PlayStation 2 dahulu boleh dipilih di dalam permainan.

Shadow of the Colossus dijangka dilancarkan eksklusif untuk PlayStation 4 pada tahun hadapan, 2018.

Sumber : TechTimes

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia