Berita

Shadow Warrior 2 : Akan Hadir Ke PS4 dan Xbox One

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Flying Wild Hog, pembangun permainan video yang berpangkalan di Poland dan penerbit Devolver Digital telah mengumumkan bahawa Shadow Warrior 2 akan hadir ke PS4 dan Xbox One pada 19 Mei ini.

Bagi mereka yang tidak tahu, Shadow Warrior 2 adalah sekuel kepada Shadow Warrior keluaran tahun 2013 (pembangunan semula permainan asal tahun 1997) yang dikeluarkan di PC pada Oktober tahun lalu.

Shadow Warrior 2 di platfrom PC sebelum ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan di kalangan pengkritik dan pemain: meraih penilaian “Sangat Positif” di Steam User Review Ranking dengan lebih 6000 ulasan.

Berikut adalah gambaran ringkas permainan melalui Devolver Digital:

Shadow Warrior 2 adalah evolusi menakjubkan untuk ciri permainan penembak orang pertama (FPS). Permainan ini berkisahkan protagonis bernama Lo Wang yang mempunyai nasib yang tidak baik. Lo Wang merupakan seorang askar upahan yang hidup di dunia yang porak peranda.

Pertarungan dalam permainan akan menggabungkan senjata api, pisau dan sihir. Misi boleh dimainkan bersama dengan pemain lain atas talian dengan empat pemain co-op atau secara sendirian.

Shadow Warrior 2 akan mempunyai tanda harga USD39.99 (RM 173.81 – tukaran terus) dan didatangkan sekali dengan muat turun percuma Shadow Warrior.

Masih tidak jelas sama ada DLC Way of the Wang dan Bounty Hunt akan didatangkan dengan serentak atau tidak. Juga tidak jelas sama ada permainan ini akan hadir dalam bentuk fizikal atau hanya boleh dimuat turun.

Sumber : dualshockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.