Berita

Shelob Didalam Permainan Middle Earth: Shadow Of Mordor Boleh Berubah Bentuk

Diolah oleh Konsol

Jika anda seorang peminat siri Lord Of The Ring tidak kira pada siri buku atau filem, pasti anda akan mengingati watak Shelob iaitu seekor labah-labah gergasi yang takut kepada cahaya yang diberikan kepada Frodo oleh Lady Galadriel sebagai senjata ketika perjalanan Frodo dan Samwise ke Mount Doom.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kejutan terhadap watak Shelob si labah-labah gergasi pada treler terbaru permainan Middle Earth: Shadow Of Mordor yang telah pun dilkeluarkan.

Dimana pihak pembangun permainan ini telah pun menukar watak Shelob dari seekor labah-labah gergasi kepada seorang wanita yang cantik dan amat menggoda hawa nafsu.

Saksikan video terbaru treler permainan Middle Earth: Shodow Of Mordor dibawah ini.

Jika anda saksikan video treler diatas, anda akan dapati watak Shelob sebagai seorang wanita yang cuba untuk menggoda Talion dengan aksi yang menggiurkan.

Lebih mengejutkan apabila pada siri permainan ini, watak Shelob bukan sahaja telah diubah menjadi seorang wanita, malah Shelob juga mempunyai kuasa untuk merubah bentuk dan mempunyai hubungan lampau dengan Sauron.

Permainan Middle Earth: Shadow Of Mordor ini akan dilancarkan kepada umum pada 10 Oktober 2017 di platform Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda perkara ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia