Pilihan Kami Ulasan

Siapakah Pengumpul Koleksi Permainan Video Terbanyak Dunia?

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Jawapannya adalah Joel Hopkins, seorang lelaki berusia 43 tahun dari Australia yang memegang Guinness World Record sebagai pengumpul koleksi permainan video terbanyak, dengan jumlah agak mengejutkan iaitu sebanyak 17,446.

Beliau mula membuat koleksi bermula 20 tahun lalu, selepas mula membuka kedai permainan video milik sendiri pada tahun 90-an. Tetapi hanya pada tahun 2010 beliau mulai serius dengan hobi ini.

Pengalaman permainan pertama beliau adalah pada tahun 1970-an di mana beliau bermula dengan bermain Atari VCS. Inilah titik permulaan untuk minat beliau di mana beliau telah mengubah suai rumahnya dengan dekorasi yang dikhaskan untuk menempatkan beribu-ribu permainan video.

Beliau telah menghabiskan selama 5 tahun dengan bekerja keras untuk menambah dan mengatur koleksi itu. Beliau juga mendokumenkan keseluruhan proses di saluran YouTube beliau.

Tetapi apakah yang dilakukan dengan semua permainan ini? Sudah tentu beliau akan memainkannya! Itulah sebabnya beliau menyambung 43 daripada 200 konsolnya ke TV yang berlainan. Setiap TV masing-masing berpasangan dengan setiap konsol untuk memastikan beliau mengalami kepuasan yang maksima. Berapakah nilai semua koleksi ini? Jawapannya adalah lebih kurang dalam RM4.5 juta.

Jadi, bagaimana Joel mendapatkan jumlah wang yang agak besar tersebut? Sebelum ini beliau bekerja dengan bursa saham yang mungkin boleh menjadi sebab utama di sebalik kejayaan kewangannya. Beliau pernah berjaga selama 9 hari berturut-turut memantau turun naik saham, agar dapat menukar kepada tukaran tunai pada masa yang tepat.

Beliau juga memiliki kedai permainan video sendiri, serta bekerja untuk beberapa buah syarikat teknologi. Malahan pernah menawarkan servis untuk pemasangan pawagam rumah.

Permainan video kegemaran beliau adalah: Ghouls and Ghosts di semua platform, Gradius, Castlevania, Symphony of the Night (PS1), Grand Turismo 3 (PS2) dan Gears of War 3 (Xbox360)

Adakah koleksi anda dapat menandingi koleksi beliau? Dan apakah permainan video pertama anda? Kongsikan pengalaman anda bersama kami di ruang komen.

Nota: Jika anda berminat untuk mengikuti perkembangan beliau yang terkini. Ikutilah beliau di laman media sosial ini.

Sumber:

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.