Berita

Sinner: Sacrifice for Redemption: Permainan Mirip Dark Souls Daripada Pembikin China

Sinner-Sacrifice-for-Redemption-Gaming-Cypher
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pembikin permainan daripada negara China, Dark Star Studios, mendedahkan permainan mirip Dark Souls mereka yang bertajuk Sinner: Sacrifice for Redemption akan dilancarkan pada tahun hadapan. Permainan ini diumumkan di sidang media ketika acara Sony Interactive Entertainment Japan Asia’s ChinaJoy 2017.

sinner-ps4

Treler pengumuman rasmi telah dikeluarkan, dan beberapa butiran lebih lanjut juga telah didedahkan. Ianya akan hadir ke platform PS4, Xbox One dan PC.

Animasi dan reka bentuk umum permainan ini hampir sama dengan Dark Souls; malahan mempunyai tulisan merah yang besar pada skrin selepas pemain tewas ketika permainan yang mirip dengan Dark Souls iaitu “YOU DIED”.

sinner_off-screen-video_chinajoy_2017_01

Seni dan latar belakang terutamanya kelihatan sedikit berbeza; ianya seakan sama dengan ilustrasi fantasi Nioh dibandingkan dengan model 3D realistik Dark Souls.

Menurut Inven (laman portal permainan video Korea Selatan) yang mencuba permainan ini di ChinaJoy di Shanghai, mereka mengatakan permainan ini berkualiti tinggi dengan kesukaran yang sangat tinggi. Mereka tewas beberapa kali ketika mencuba demo dan mengatakan tiada siapa yang dapat memenangi boss fight ketika demo itu.

Anda boleh melihat treler pengumuman Sinner: Sacrifice for Redemption seperti di bawah;

Sinner: Sacrifice for Redemption akan dilancarkan pada tahun 2018 dan akan hadir ke PS4, Xbox One dan PC.

Sumber: DualShockers

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Treler Super Mario Odyssey Di Dalam Dunia Dark Souls 3

Darks Souls : Antara Bos Yang Paling Susah Untuk Ditewaskan

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.