Berita

SKMM Menutup Akses Sepenuhnya Laman Web Steam Akibat Permainan Fight of God

Diolah oleh hang92

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah untuk menutup akses sepenuhnya ke dalam laman web Steam, hal ni berikutan penemuan dan aduan mengenai permainan kontroversi Fight of God.

Untuk pengetahuan anda, permainan Fight of God ini merupakan permainan yang melibatkan kepentingan daripada pelbagai agama seperti Kristian, Buddha, Pagan, Judas, dan Hindu. Aduan ini datang daripada pelbagai pihak di Malaysia yang mahukan permainan ini ditarik keluar daripada senarai permainan di Steam dan mengikut kata pengadu lagi, permainan ini menjatuhkan martabat sesebuah agama kerana memasukkan elemen ketuhanan dalam permainan ini.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah menyeru kerajaan untuk melarang permainan ini daripada mengakibatkan ketegangan agama di negara ini. Seruan yang sama turut dinyatakan oleh Majlis Penasihat Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia.

Permainan ini pada asalnya boleh dibeli dengan harga RM 11.40. Anda boleh saksikan video treler di bawah untuk melihat sedikit sedutan tentang permainan ini.

Nampaknya SKMM telah menghalang akses DNS kepada laman web store.steampowered.com. Halangan ini bagi sesiapa rakyat Malaysia yang menggunakan DNS yang disediakan oleh pihak TM. Ada laporan yang mengatakan sesiapa yang menggunakan talian Digi dan Maxis juga turut terkena dengan halangan ini.

Walaupun laman web ini sudah dihalang, anda masih lagi boleh bermain dengan permainan yang anda sudah muat turun di Steam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Salleh Said Keruak telah berkata bahawa tindakan yang dilakukan terhadap Steam ini untuk melindungi rakyat Malaysia dan mencegah daripada sebarang keburukan untuk berlaku pada masa hadapana. Mengikut Malay Mail, tindakan ini adalah hasil daripada Steam yang gagal untuk bekerjasama dengan SKMM untuk mengeluarkan permainan kontroversi tersebut di dalam masa 24 jam.

sumber: lowyat.net

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Street Fighter 5 : Capcom Mencipta Kontroversi Dengan Bacaan Ayat Suci Islam

Tujuh Permainan Dengan Pengakhiran Tidak Terduga Dan Kontroversi

Sony Didapati Menggunakan Treler Video Permainan Anthem Yang Mempunyai Logo Xbox One X

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.