Berita

Skull and Bones: Akan Mempunyai Kempen Permainan Tunggal

Diolah oleh Konsol

Pada acara E3 2017 yang lepas, pihak Ubisoft telah membuat kejutan dengan mengumumkan permainan lanun terbaru iaitu Skull and Bones.

Tetapi ketika pengumuman itu dibuat, hanya kempen permainan berbilang (Multiplayer) sahaja yang diumum dan dipertontonkan oleh pihak Ubisoft.

Baca Juga: Skull and Bones: Ubisoft Bakal Melancarkan Permainan Lanun Multiplayer

Ia membuatkan ramai yang tertanya-tanya tentang permainan Skull and Bones ini, dimana adakah permainan ini juga akan mempunyai kempen permainan tunggal selain daripada kempen permainan berbilang.

Akhirnya pihak Ubisoft telah membuka mulut mengenai perkara ini, dan mereka baru sahaja mengesahkan bahawa permainan Skull and Bones ini bakal mempunyai kempen permainan tunggal disamping kempen-kempen lain yang turut serta didalam permainan ini.

Pengesahan ini dibuat oleh pihak Ubisoft menerusi laman rasmi permainan ini pada ruangan pertanyaan soalan.

Menurut mereka, permainan Skull and Bones ini dibina dengan pelbagai pengalaman permainan menakjubkan dan pengalaman ini tidak hanya terhad pada kempen permainan berbilang sahaja.

Walaupun pada masa ini, perkara mengenai kempen permainan tunggal Skull and Bones masih menjadi rahsia kepada pihak Ubisoft sendiri, tetapi kebanyakan penganalisis permainan video percaya bahawa permainan Skull and Bones ini bakal menawarkan pengalaman permainan yang sempurna kepada setiap peminat diluar sana.

Untuk pengetahuan anda, permainan Skull and Bones ini dinspirasikan daripada permainan Assassin’s Creed 4: Black Flagdimana permainan Black Flag ini memang telah memberi pengalaman yang hebat kepada para pemain sebelum ini.

Oleh yang demikian, apabila pengumuman Ubisoft mengenai permainan lanun terbaru dibuat, ramai yang sudah pasti bahawa permainan terbaru ini bakal menawarkan pengalaman lanun yang tidak akan dilupakan seperti permainan Assassin’s Creed 4: Black Flag.

Sumber: GameRant

Apa kata anda? Sudahkah anda bersedia untuk melanun semula melalui permainan ini. Kongsikan bersama kami 🙂

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.