Berita

Skull and Bones: Ubisoft Bakal Melancarkan Permainan Lanun Multiplayer

Diolah oleh Konsol

Pasti anda semua pernah dengar tentang lanun Johor kan. Tetapi pada artikel kali ini, kami tidak mahu mengupas tentang lanun Johor.

Apa yang mahu kami ceritakan pada artikel kali ini adalah permainan terbaru dari Ubisoft yang dinamakan Skull and Bones.

Pada sidang media Ubisoft pada acara E3 2017 yang berlangsung sebentar tadi. Dalam banyak-banyak permainan video yang diumumkan oleh pihak Ubisoft, salah satu permainan video yang mencuri tumpuan ialah Skull and Bones.

Dalam treler yang telah dipertontonkan pada video diatas, kita dapat melihat 2 buah kapal bertemu antara satu sama lain di lautan dan saling berbalas tembakan meriam.

Selain dari itu, permainan ini juga menarik kerana ia berkebolehan untuk dimainkan secara Multiplayer apabila ia dilancarkan kelak.

Permainan ini bakal menemui anda pada platform Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Akhir sekali, permainan ini akan dilancarkan pada versi Beta, pada suatu tarikh yang bakal diumumkan kelak. Jika anda berminat untuk menjadi antara orang terawal untuk mencuba permainan ini.

Nantikan kemaskini dari konsol.my tentang pelancaran permainan Skull and Bones versi Beta ini.

Saksikan juga treler multiplayer yang juga dipertontonkan oleh pihak Ubisoft

Sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.