Berita

Skyforge – The Mechanoid War: DLC Eksklusif PS4 Akan Dilancarkan Pada 27 Jun Ini

Diolah oleh hang92

Untuk pengetahuan anda, permainan Skyforge ini telah dikeluarkan sejak tahun 2014 lagi, permainan yang berasaskan MMO, massively multiplayer online, mod pemain berbilang atas talian besar-besaran ini telah dibangunkan oleh syarikat My.com

PlayStation 4 nampaknya akan menerima DLC terbaru daripada permainan Skyforge iaitu The Mechanoid War pada 27 ini. Pemain akan menyertai The Mechanoid Legion untuk mempertahankan planet daripada pencerobohan orang asing.

Pemain juga akan mengembara pada peringkat baru iaitu Divine Form. Selain itu, pemain perlu menyelesaikan pengembaraan dalam “godhood quest”.

Jangan ingat permainan ini mudah. Anda perlu bertempur dengan makhluk asing dengan keadaan yang mencabar di medan peperangan.

Kandungan lain yang ditambah adalah termasuk menyerbu secara berseorangan, naiktaraf generasi kedua pada semua peralatan dan pertempuran bos yang sangat sukar.

Ketahui lebih mengenai DLC ini pada laman web Skyforge

Sumber: mmorpg

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.