Berita

Skyrim : Akan Hadir Ke PlayStation VR

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

The Elder Scrolls 5: Skyrim akan datang ke PlayStation VR, Bethesda Softworks mengumumkan perkara ini di sidang akhbar Sony E3 2017  hari ini.

Skyrim VR akan datang ke platform realiti maya PlayStation 4, November tahun ini.

Sony mempertontonkan sebuah treler menampilkan pertempuran pandangan orang pertama dalam Skyrim, yang anda boleh tonton di bawah. Skyrim VR akan menampilkan keseluruhan permainan “dan fantasi epik yang lengkap dengan kedalaman dan keasyikan.”

Ketiga-tiga DLC rasmi – Dawnguard, Hearthfire dan Dragonborn – akan didatangkan sekali sebagai sebahagian daripada pengeluaran semula.

Bethesda Softworks mempunyai beberapa projek realiti maya akan datang tahun ini, termasuk Doom VFR dan Fallout 4 VR.

Skyrim VR akan datang ke platform realiti maya PlayStation 4, November tahun ini.

Sumber : polygon

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain seperti ini:

Skyrim Di Nintendo Switch Akan Menampilkan Kelengkapan Tempur Dari The Legend of Zelda

Skyrim : Kedudukan Teratas Dalam Carta Game Informer Untuk Top 100 RPG Sepanjang Zaman

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.