Berita

Skyrim Di Nintendo Switch Akan Menampilkan Kelengkapan Tempur Dari The Legend of Zelda

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sidang akhbar Bethesda di E3 2017  sentiasa dijanjikan dengan berita-berita besar dengan kejutan yang menarik. Kini Bethesda mengumumkan The Elder Scrolls V: Skyrim akan hadir ke Nintendo Switch pada tahun ini.

Kejutan yang paling menarik dan buat pertama kalinya, The Elder Scrolls: Skyrim akan mempunyai sedikit kaitan dengan permainan popular Nintendo iaitu The Legend of Zelda. Kerjasama antara Bethesda dan Nintendo kini telah menjadi satu realiti.

Seperti yang anda boleh lihat dalam treler di atas, Dragonborn kini boleh bertempur dengan menggunakan alatan-alatan kepunyaan Link dari The Legend of Zelda. Skyrim di Nintendo Switch akan menyokong fungsi Amiibo.

Di dalam treler, anda boleh melihat pemain itu menyentuh pengawal dengan Breath of the Wild Link Amiibo. Karakter di dalam permainan juga dilihat memakai jubah Link dari Breath of the Wild, dan menghunus Master Sword dan penghadang Hylian Shield.

Membawa The Legend of Zelda secara rasmi ke dalam Skyrim sudah pastinya menggembirakan peminat-peminat The Legend of Zelda dan Skyrim, lebih-lebih lagi dengan siri terbaru The Legend of Zelda dibina dengan dunia terbuka yang sama besar.

The Elder Scrolls: Skyrim dijangka akan hadir ke Nintendo Switch antara September hingga Disember 2017.

Sumber : gamerant

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.