Berita

Skyrim Edisi Khas Boleh Dimainkan Secara Percuma Pada Hujung Minggu Ini

Diolah oleh Konsol

Tidak dinafikan bahawa permainan Skyrim adalah salah satu permainan yang paling popular sepanjang zaman. Ini kerana setakat ini, lebih daripada 30 juta salinan permainan ini telah pun berjaya terjual.

Jualan permainan Skyrim yang amat menakjubkan ini mungkin juga didorong oleh sokongan permainan yang boleh dimainkan pada hampir setiap platform seperti Xbox 360, Xbox One, Playstation 3, Playstation 4 dan juga PC.

Walaupun permainan Skyrim ini amat popular, tetapi kami di konsol.my percaya bahawa masih ada segelintir pemain di luar sana yang masih belum mencuba permainan ini. Jika anda adalah salah seorang pemain yang tergolong di dalam golongan yang masih belum memainkan permainan Skyrim ini, kami ada berita gembira buat anda semua.

Dimana pada hujung minggu ini, satu judul edisi khas permainan video Skyrim iaitu The Elder Scrolls : Special Edition boleh didapati dan dimainkan secara percuma melalui Steam dan Xbox Game Store.

Walaubagaimanapun, setakat ini hanya konsol Xbox One dan PC sahaja yang boleh mendapatkan permainan ini secara percuma pada hujung minggu ini.

Pada mereka yang berkesempatan untuk menikmati permainan ini secara percuma pada konsol Xbox One dan PC, anda juga boleh terus membeli permainan ini dengan potongan harga sebanyak (RM 83.91 di Steam, RM 125.86 di Xbox Game Store) selepas waktu percuma yang berlangsung hanya pada hujung minggu ini.

Jadi jika anda menepati syarat-syarat diatas, mungkin ini masanya untuk anda menikmati sendiri permainan yang popular yang telah terjual melebihi 30 juta salinan setakat ini.

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.