Berita

Sledghammer Kecewa Dengan Ketirisan Mod Zombi Bagi Permainan Call Of Duty WW2

Diolah oleh Konsol

Baru-baru ini treler bagi mod zombi didalam permainan Call Of Duty WW2 yang akan hadir tidak lama lagi telah pun tertiris ke arena laman sesawang sebelum sempat pihak Activision dan Sledgehammer memuatnaik secara rasmi.

Berikutan ketirisan ini, pasukan pembangun permainan Call Of Duty WW2 nampaknya sangat kecewa dan sedih dengan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab dimana mereka memuatnaik treler mod zombi ini tanpa kebenaran mereka.

Siapa yang tidak sedih apabila sesuatu yang anda usahakan secara bermati-matian selama bertahun-tahun, tetapi apabila tiba masanya untuk anda mendapat sedikit pujian hasil kerja keras anda itu, seseorang yang tidak bertanggungjawab dengan senang membocorkannya ke khalayak umum.

Nampaknya Sledgehammer dan pengasas bersama permainan Call Of Duty WW2 ini iaitu Glen Schofield telah pun meluahkan perasaan kekecewaan mereka secara terbuka dengan memuatnaik status di laman Twitter.

Berikut adalah status Twitter mereka selepas kejadian ketirisan ini berlaku:

Memetik kata-kata Glen Schofield: “Anda telah menghabiskan masa anda hampir 3 tahun untuk sesuatu dan 5 hari sebelum ia dapat ditunjukkan dengan jayanya untuk tontonan umum, seorang barua telah pun membocorkannya. Sungguh kecewa sekali”

Sledgehammer pula mengatakan: “ketirisan bukanlah jalannya, tetapi kami sangat menghargai setiap sokongan anda. Treler mengenai zombi nazi ini telah pun hampir selesai. Nantikannya, ia pasti sesuatu yang berbaloi”

Pautan pada video Youtube telah pun mereka padamkan. Bagi mereka yang belum lagi menyaksikan treler mod zombi pada permainan Call Of Duty WW2 ini, anda masih selamat daripada terjebak dengan dosa-dosa oleh orang yang tidak bertanggungjawab ini. Maka lebih baik anda tunggu video treler yang rasmi sahaja.

Rumusan

Kami rasa kalau kami berada di situasi yang sama seperti yang dialami pihak Activation dan Sledgehammer, kami juga pasti akan kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini.

Apa pendapat anda, pernahkah anda mengalami situasi begini didalam hidup anda?

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang berita ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: GamingBolt

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.