Berita

SNES Classic Edition: Mempertontonkan Trailer Pelancaran Nostalgia; Sudah Berada Di Pasaran Sekarang

snes-classic-edition
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

SNES Classic Edition akhirnya sudah berada di pasaran. Bagi meraikan pelancaran konsol mini ini, Nintendo telah memuat naik treler baru yang memperlihatkan konsol mini ini untuk mengimbas kembali nostalgia para peminat.

SNES Classic Edition merupakan versi mini Super Nintendo Entertainment System yang mengandungi 21 permainan yang dikeluarkan pada konsol generasi keempat. Pada masa ini, produk ini tersedia dengan tanda harga RM 499.

Berikut adalah 16 tajuk permainan yang dijamin pada konsol ini:

  • Contra III: The Alien Wars
  • Donkey Kong Country
  • Final Fantasy VI (aka Final Fantasy III)
  • F-Zero
  • Kirby Super Star
  • The Legend of Zelda: A Link to the Past
  • Mega Man X
  • Secret of Mana
  • Star Fox
  • Star Fox 2
  • Super Ghouls ‘n Ghosts
  • Super Mario Kart
  • Super Mario RPG: Legend of the Seven Stars
  • Super Mario World
  • Super Mario World 2: Yoshi’s Island
  • Super Metroid

Lihat treler pelancaran di bawah.

Sumber: DualShockers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.