Berita

Sniper Elite 4: Deathstrom DLC Bahagian 1

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

DLC ‘Deathstorm‘ adalah sebahagian daripada “premium expansion pass” yang menawarkan peta pemainain solo dan juga kemas kini percuma untuk mod “multiplayer”.

Bahagian pertama “Deathstorm” khususnya dipanggil “Inception” boleh dimainkan dengan dua pemain secara co-op untuk sepanjang permainan. “Deathstorm” adalah DLC mini-campaign yang mempunyai tiga bahagian. Tajuk kedua dan ketiga akan diterbitkan pada bulan April dan Mei.

Inception” masih berdasarkan peristiwa-peristiwa dari permainan utama tetapi
anda akan di hantar ke kawasan persekitaran yang sejuk di suatu tempat di utara Itali. Di mana, serangan bom melanda sebuah pangkalan tentera laut Nazi.

Objektif anda adalah perlu bermain sebagai protagonis, Karl Fairburne dalam usaha untuk mendapatkan pakej misteri yang diberi nama kod “Deathstorm” dari “Manhattan Project”.

DLC ini juga menawarkan mod “multiplayer”,Elimination, yang boleh dimuat turun secara percuma untuk semua pemilik permainan ini. Dua pasukan dengan 6 pemain untuk setiap pasukan akan bertempur. Jika anda di bunuh, anda perlu menunggu sehingga rakan sepasukan anda membunuh pemain dari pihak musuh sebelum anda boleh kembali bermain.

Jadi walaupun pasukan anda mempunyai kurang pemain berbanding pasukan musuh. Pasukan anda masih mampu memenangi pertarungan kerana anda hanya perlu membunuh pemain dari pihak musuh untuk memberi ruang kembali kepada rakan sepasukan anda menyertai kembali permainan.

Rebellion Developments juga mengenalkan “Night Fighter Expansion Pack” yang mengandungi tiga senjata api baru, “night-time camo rifle skins” yang boleh digunakan di lapan senjata.

Bahagian pertama “Deathstrom”, “Elimination” dan “Night Fighter Expansion Pack” sudah boleh di muat turun bermula semalam, 21 Mac.

Platfrom: PlayStation 4, Windows PC and Xbox One

Sumber: theboxhub

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.