Pilihan Kami Ura-ura

SNIPER ELITE 4 – MASA UNTUK MEMBUNUH!

Diolah oleh Along Naz

Apabila pemain membunuh musuh menggunakan senapang sniper dari jarak yang jauh, sistem kamera X-Ray diaktifkan, di mana kamera permainan akan mengikut peluru dari senapang sniper ke sasaran, dan menunjukkan bahagian badan, tulang atau organ dalaman badan yang pecah oleh peluru.

Bermula dengan cemerlang

Bermula dengan cemerlang, Sniper Elite 4 meneruskan siri World War Two dengan membawa pemain merentasi keindahan yang mempesonakan di Semenanjung Itali.

Kawasan bandar yang terlibat adalah dari pantai laut Mediterranean, ke kawasan struktur mega Nazi, kawasan hutan yang menakutkan dan  menjelajah biara pergunungan – diilhamkan oleh Monte Cassino.

Jalan Permainan

Seorang agen khas yang bergerak secara rahsia bernama Karl Fairburne mesti bertarung bersama- sama penduduk Itali bagi membantu membebaskan negeri mereka daripada cengkaman sistem pemerintahan diktator yang kejam.

Disamping itu juga agen khas ini mestilah berjuang untuk menggagalkan segala ancaman serta bantuan daripada negara bersekutu Eropah sebelum bermulanya peperangan.

Rumusan

Sekiranya misi tersebut gagal, tidak akan ada lagi Overload Operation, tiada pendaratan D- Day , tiada kejayaan di Eropah! Selamat mencuba!

Tarikh pelancaran: 14 Februari 2017

Genre : Penembak, Aksi

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.