Berita

Sonic Mania : Akan Dilancarkan Pada 15 Ogos Untuk PS4, Xbox One, Switch dan PC

Diolah oleh hang92

SEGA telah mengumumkan bahawa permainan retro Sonic Mania akan dilancarkan semula pada 15 Ogos untuk kebanyakkan platform seperti PS4, Xbox One, Switch dan juga PC.

Permainan ini hanya boleh dibeli melalui muat turun sahaja. Dan jika anda seorang pengguna PS4 anda akan menerima pelbagai bonus seperti tema dan avatar jika anda memesan permainan ini sekarang. Anda boleh memesan permainan ini di Playstation Store.

Bermain sebagai Sonic, Tails, dan Knuckles, anda perlu berlumba melalui semua zon yang serba baharu dan ianya seperti mengimbau kenangan lalu bagi sesiapa yang pernah bermain permainan ini.

Alami penambaikan ciri-ciri terbaru permainan ini iaitu pecutan ala gantungan yang baru milik Sonic, penerbangan Tails dan kelebihan mendaki oleh Knuckles dan gunakan ia untuk untuk mengatasi robot yang jahat,  Dr. Eggman! Dalam permainan ini, anda akan menjumpai lorong-lorong ‘rahsia’ dan tersembunyi yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.