Ura-ura

SONIC MANIA : SI LANDAK BIRU DAN RAKAN-RAKAN

Diolah oleh Along Naz

Bermain sebagai Sonic, Tails, dan Knuckles, anda perlu berlumba melalui semua zon yang serba baharu dan ianya seperti mengimbau kenangan lalu bagi sesiapa yang pernah bermain permainan ini.

Alami penambaikan ciri-ciri terbaru permainan ini iaitu pecutan ala gantungan yang baru milik Sonic, penerbangan Tails dan kelebihan mendaki oleh Knuckles dan gunakan ia untuk untuk mengatasi robot yang jahat,  Dr. Eggman! Dalam permainan ini, anda akan menjumpai lorong-lorong ‘rahsia’ dan tersembunyi yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Pengalaman baru ini telah dihadirkan dengan jayanya oleh watak klasik lagenda, Sonic, dengan cara permainan yang sangat laju.

Selamat datang ke peringkat yang lebih mencabar dalam dunia ‘si landak biru’

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.

Tarikh pelancaran : Dijangka sebelum Jun 2017

Genre : Platform