Berita

Sony Akhirnya Telah Menghentikan Penjualan PS3 di Jepun

Diolah oleh hang92

Adakah setiap konsol yang dilahirkan mempunyai jangka hayat 10 tahun?

Ada berita sedih untuk anda yang masih bermain dengan konsol PlayStation 3.

Selepas konsol generasi lepas ini dilancarkan lebih satu dekad yang lalu di Jepun, telah lahir suatu konsol generasi baru PlayStation 4.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jualan untuk PS3 nampaknya telah menurun secara perlahan tetapi mendadak sebaik sahaja PS4 dilancarkan. Usaha untuk mengembangkan jualan di seluruh dunia tidak menjadi.

Dengan itu, adalah tidak mengejutkan untuk mendengar berita bahawa Sony akhirnya menghentikan penjualan konsol lama PS3. Sekaligus akan menghentikan sekali servis dan perkhidmatan untuk konsol ini sekali.

Syarikat Sony telah mengumumkan bahawa penghantaran standard model 500GB  – satu-satunya model masih dihasilkan di Jepun – tidak lama lagi akan berakhir.

Adakah anda sedih melihat PS3 akhirnya mendapatkan diberhentikan pengeluarannya? Kongsi dengan kami jenis permainan apakah yang sedang anda main di konsol PS3 sekarang ini

sumber : gematsu

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.