Berita

Sony Bersetuju Dengan Platform-Silang Dengan PC Untuk Permainan Disc Jam

Diolah oleh hang92

High Horse Entertainment telah mengumumkan bahawa permainan Disc Jam sudah bersedia untuk dimainkan pada platform-silang antara PlayStation 4 dan PC tidak lama lagi.

Pembangunan ini telah diluluskan oleh kedua-dua pihak dan kita perlu menunggu sedikit masa lagi untuk kemaskini dimana sistem ini akan melalui ujian Jaminan Kualiti.

disc-jam-screenshot2

Pada temuramah dengan Steam, pembikin permainan ini berkata

“Kami sebenarnya merancang untuk melancarkan platform-silang ini pada lewat tahun ini, namun selepas permintaan yang tinggi daripada pengguna telah menjadi jelas bahawa perkara yang baik tidak boleh kami tangguhkan dengan harapan untuk memberikan yang pengalaman yang terbaik secepat mungkin kepada pengguna”

“Sekarang bahawa pembangunan kami telah diluluskan, maklumat terbaru akan dikeluarkan sebaik sahaja ia melepasi ujian Jaminan Kualiti. Harapan kami bahawa permainan silang ini akan dilancarkan pada minggu yang terdekat ini”

Seperti biasa, kami di konsol.my akan mengemaskini pembaca kami apabila ciri platform-silang akan dilancarkan.

sumber: playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook konsol.my jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.